top of page

SEARCH BY TAGS: 

RECENT POSTS: 

FOLLOW ME:

  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Instagram Clean Grey
Search

TIPS PENAMPILAN UNTUK SESI TEMUDUGA BAGI WANITA

  • https://www.blogger.com/profile/043404785324754172
  • Feb 1, 2017
  • 2 min read

Masih ramai yang keliru dengan etika pemakaian ketika interview terutamanya pada wanita. Etika pemakaian lelaki tidaklah begitu susah dibandingkan dengan wanita dan harini saya akan share kan tips pemakaian yang betul ketika interview untuk wanita.

Terdapat 7 perkara yang perlu diberi perhatian dalam menajga penampilan untuk pergi menghadiri sesi temuduga.

Baju kurung adalah pakaian yang PALING sesuai untuk temuduga di Malaysia. Bukan sahaja baju kurung baju kebangsaan, malah, baju kurung menutup aurat, tak longgar dan nampak professional. Tak kisahlah kalau anda bukan berbangsa Melayu. Yang penting, anda orang Malaysia. Bagi wanita yang bertudung, pakailah tudung yang formal. Tudung yang dianggap paling formal ialah tudung bawal. Jangan pakai shawl! Pemakaian shawl adalah tak berapa formal sebab kainnya yang jarang. Lagi satu, pakai tudung yang tak bercorak. Janganlah pakai tudung yang bunga-bunga atau polka dot. Nampak tak professional.

Warna? Definitely, warna yang tidak terlalu menonjol. Antara warna yang sesuai ialah ungu gelap, putih,biru,coklat,kelabu,dan hijau gelap. Elakan warna merah, kuning, oren, merah jambu. Jika anda hendak juga mengenakan warna tersebut, pastikan warna tersebut light atau lebih mudah muda warna nya. seperti kuning muda, pink muda, dan sebagainya.

Corak. Kalau anda pakai baju kurung, pilihlah yang tidak ada corak ataupun corak yang tidak menonjol.Elakkan memakai corak berbunga-bunga yang besar.

Jenis kain. Elakkan kain yang jarang dan ketat. Sekarang ni kan trend orang pakai baju kurung transparent. XP

Perfume? Tak perlu. Disamping haram dipakai oleh wanita Islam sekiranya dipakai dengan bukan mahram kerana menarik perhatian, perfume akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang yang nak menemuduga.Tapi, pakailah deodorant, nanti silap-silap tak dap

at tawaran sebab badan berbau!

Makeup? Tak perlu tebal-tebal atau tak payah pakai terus kalau anda ada kulit muka yang berseri.Interview adalah untuk dapat kerja atau biasiswa bukan nak masuk program cari menantu.

Kasut. Pakai kasut yang menutup jari-jari kaki. Ketinggian kasut pula adalah sederhana dan warna hitam adalah yang paling sesuai.

*contoh-contoh pemakaian yang tepat


 
 
 

Comments


© 2017by instajobs.my. Proudly created with Wix.com

  • b-facebook
  • Instagram Black Round
bottom of page