top of page

SEARCH BY TAGS: 

RECENT POSTS: 

FOLLOW ME:

  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Instagram Clean Grey
Search

TIPS MENULIS RESUME YANG BAIK

  • Dr Mahaletchumy Arujanan
  • Jan 23, 2017
  • 2 min read

1. Cakap tentang pencapaian, bukan tugas

Bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman bekerja, jangan bercerita tentang rutin kerja seharian, sebaliknya berceritalah tentang pencapaian kamu semasa kamu bekerja di tempat lama.

2. Guna tatabahasa dengan betul

Walau bahasa apa pun yang kamu gunakan, pastikan kamu gunakan tatabahasa dengan betul. Kebanyakan majikan tidak menerima resume yang tidak menggunakan tatabahasa yang betul.

3. Lengkapkan CV anda.

Setiap resume perlu meletakkan segala maklumat yang lengkap, dengan kemampuan kerja serta tugas minor kamu sebagai pekerja.

4. Tekankan kebolehan anda

Dalam resume anda, anda harus meletakkan kebolehan kamu sebagai daya tarikan kamu kepada majikan.

5. Terhadkan muka surat.

Terhadkan muka surat resume kamu sebanyak 2 muka surat, kecuali jika kamu memohon kedudukan tinggi dalam akademik bagi tujuan meletakkan hasil kajian.

6. Terangkan ko-kurikulum anda yang cemerlang sahaja.

Anda perlu beritahu ko-kurikulum anda yang cemerlang untuk menunjukkan kepimpinan anda. Tidak perlu letak semua penyertaan kerana pihak majikan hanya mahu melihat anda mampu memimpin atau bekerjasama secara berpasukan.

7. Sertakan anugerah yang kamu menangi.

Sertakan dengan anugerah yang kamu menangi, sama ada anugerah kajian, atau biasiswa bagi menunjukkan pencapaian anda diiktiraf.

8. Terangkan latihan industri anda.

Adalah penting untuk memberitahu tempat latihan industri anda semasa anda di universiti, kerana dari situ pihak majikan dapat melihat kebolehan anda. Tetapi anda harus menyatakan pencapaian, dan bukan tugas (rujuk tips pertama).

9. Elakkan guna adjektif

Elakkan menggunakan adjektif yang generik seperti “mampu bekerjasama secara berpasukan” atau “mempunyai daya kepimpinan yang tinggi” sebaliknya hanya menggunakan pencapaian dan anugerah kamu sebagai bukti daya kebolehan kamu.

10. Masukkan perancangan jangka panjang anda.

Kebanyakan calon menulis perancangan jangka pendek mereka seperti “mencari kerja yang memenuhi kebolehan saya untuk syarikat ini”. Itu menunjukkan kamu tidak berpandangan jauh.

11. Luangkan masa untuk menulis CV.

Ramai yang menganggap mengarang resume adalah perkara yang boleh dilakukan secara cepat. Tetapi ia memerlukan penilaian diri yang memerlukan kita memikirkan secara mendalam tentang kemampuan serta apa yang mahu kita capai dengan kerjaya ini.

12. Pastikan CV anda unik dan ‘lain dari yang lain’.

Terdapat ramai yang menghantar resume untuk memohon kerja, bagaimana kamu ingin bersaing dengan lain jika resume kamu lebih kurang sahaja seperti yang lain?

13. Jangan letakkan kebolehan komputer yang ‘biasa’.

Meletakkan kebolehan komputer seperti “PowerPoint” atau “Microsoft Words” adalah kemahiran biasa pada zaman ini. Pelajar sekolah rendah pun membuat tugasan dengan ini. Sebaliknya gunakan seperti “Google Analytics” atau “WordPress” sebagai kemahiran yang lebih dihargai.

14. Letakkan maklumat tambahan.

Lengkapkan resume anda dengan maklumat tambahan seperti blog, media sosial dan sebagainya untuk para majikan melihat kamu dari sudut peribadi serta kebolehan berkomunikasi kamu.


 
 
 

Comments


© 2017by instajobs.my. Proudly created with Wix.com

  • b-facebook
  • Instagram Black Round
bottom of page