TIPS MEMOHON KERJA MENERUSI EMAIL
- Tim Majalah Niaga
- Jan 24, 2017
- 2 min read
Saya kongsikan tip dibawah. Moga bawa manafaat bagi semua pelajar.
#1 – Akaun Email
Gunakan nama akaun email yang sopan. Ia mencerminkan keperibadian pelajar. Nama akaun email seperti hipster atau gothic tidak sesuai lansung digunakan apabila membuat permohonan rasmi.
#2 – Hormati Privasi
Hormati privasi syarikat yang bakal menerima email anda. Jika ingin menghantar kepada lebih dari satu syarikat, letakkan alamat email anda sendiri pada ruang TO, dan alamat email penerima penerima yang ramai itu pada ruang Bcc BUKAN cc.
#3 – Persepi
Majikan yang menerima permohonan anda, apabila melihat nama majikan lain diruang cc akan membuat pelbagai persepsi. Paling popular adalah pelajar seorang malas.
#4 – Ringkas
Pastikan tujuan email ditulis dengan ringkas. Contoh “Permohonan Latihan Industri” atau “Permohonan Jawatan Kosong”. Ini penting. Syarikat menerima beratus email dalam sehari. Dengan menulis tujuan email, anda membantu majikan mengetahui tujuan email tersebut dihantar kepada mereka.
#5 – Serlahkan Kesopanan
Serlahkan kesopanan dengan menghantar email mengandungi ucapan selamat dan penutup yang sopan dan ceria. Ingat ini adalah “email rasmi”. Bukan hantar pada sahabat handai. Ucapan tambahan seperti terima kasih atau penghargaan akan menambah nilai email yang dihantar.
#6 – Nyatakan Tujuan
Nyatakan tujuan menghantar email tersebut dalam ruangan yang disediakan. Gunakan Bahasa Melayu Tinggi untuk mengelakkan kesalahfahaman bila dibaca majikan. Jangan sesekali menulis kepada syarikat seperti menulis kepada rakan-rakan anda.
#7 – Nyatakan Tarikh
Jika anda memerlukan jawapan segera, atau mempunyai tarikh akhir untuk menghantar borang, nyatakan didalam email tarikh yang diperlukan supaya penerima peka ada tarikh yang perlu diikut.
#8 – Paparkan Inisiatif
Paparkan inisiatif anda. Jika mempunyai pelbagai borang yang perlu diisi oleh syarikat, gunakan inisiatif dengan mengisi sendiri borang tersebut.
#9 – Lampiran Fail
Jika menghantar lampiran fail, pastikan ia dari fail yang boleh dibaca. Ini menjimatkan masa syarikat untuk memuat turun fail anda. Namakan fail sesuai dengan isi kandungan dan nyatakan juga kandungan fail tersebut. Contoh, Fail ‘Resume’ mengandungi butiran peribadi dan pengalaman pelajar.
Permohonan pelajar melalui email mencerminkan IPTA dan IPTS itu sendiri. Ramai tenaga pengajar melatih pelajar membuat permohonan rasmi. Cuma tidak ramai yang tahu rupa sebenar pelajar menghantar emal mereka.
Comments